Cambodia 2023

Sukan Asia Tenggara 2023 (Bahasa Khmer: ការប្រកួតកីឡាប្រជាជាតិអាស៊ីអាគ្នេយ៍២០២៣), dikenali secara rasminya sebagai Sukan Asia Tenggara ke-32 atau Sukan SEA ke-32 dan biasanya dikenali sebagai Kemboja 2023, akan menjadi edisi ke-32 Sukan Asia Tenggara, sukan dwitahunan acara pelbagai sukan yang akan diadakan dari 5 hingga 16 Mei 2023 di Phnom Penh, Kemboja.Pengumuman itu dibuat pada mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA di Singapura, bersempena dengan Sukan Asia Tenggara 2015,[1] oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja, Thong Khon.[2][3] Filipina pada asalnya dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan itu, tetapi telah ditolak ke hadapan ke 2019 selepas Brunei menarik balik hak penganjuran asalnya. Ini merupakan kali pertama Kemboja menjadi tuan rumah temasya itu, memandangkan Sukan Semenanjung Asia Tenggara ke-3 pada 1963 telah dibatalkan kerana situasi politik negara ketika itu. Acara ini akan menampilkan 40 sukan.[4]